Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : sj tum­buhan (pokok renek kecil, yg apabila tersen­tuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
keda MSrmalu tersipu-sipuKadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
minyak sakang Kn, MSrsejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya.Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas