ngetas ulit Ib | upacara menamatkan perkabungan. | Meludai dengan hulubalangnya pun balik ke tempat asal mereka. Di rumah, mereka mengadakan upacara ngetas ulit, iaitu satu upacara untuk menghormati isteri dan anak-anak Meludai yang sudah mati dan sebagai tanda mereka serumah tidak lagi berkabung. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungawak Kd KB | sejenis roh jahat | 39. Tungawak – Roh anak anjing yang mati, tinggal di bawah rumah kosong, suaranya menakutkan di waktu malam. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyenggai, *nyenggai antu* Ib | upacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati. | Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
remaung Ib | harimau. | Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
negong, *negung* Ib | ngauman (harimau). | Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
odu mangatob Kd | penjaga di alam roh. | Benarkah sebelum ke puncak gunung itu, roh orang mati akan singgah dahulu di rumah Odu Mangatob, anak kinoringan, yang terletak di kaki gunung? Benarkah Baljit Singh itu adalah jelmaan daripada roh mendiang suami Solisir? | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ib | sejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban. | Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |