kosusuon Kd | melahirkan anak; bersalin. | Semasa melahirkan anak atau "kosusuon" hanya suaminya dan seorang dukun wanita ("Bobohizan") sahaja yang dibenarkan ada bersama-sama wanita itu di dalam bilik. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amben MSr | waktu berpantang selepas melahirkan anak. | Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sebayan Ib, Ky | 1. alam roh. | Layoh sudah melahirkan dirinya dalam dunia sebayan itu. Tidak akan hidup walaupun ditangisi saban hari. Rohnya akan tersesat dalam dunia sebayan itu nanti. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngesoh, *ngesuh* Ib | menghembuskan nafas. | Upacara perkahwinan pun terus dilangsungkan. Sesudah itu Gupi pun melahirkan seorang anak yang diberi nama Geraman. Anak itu dikenali juga sebagai Ensoh kerana apabila hendak bercakap dia mesti menghembuskan nafas atau ngesoh terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ajan MSb | meneran. | Tidak lama dari itu aku kepingin nak ajan. Kuajan sekuat tenagaku. Aku berjaya dalam pertarungan. | Saat Melahirkan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berkumbai buyu Ib | upacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya. | Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan ‘berkumbai buyu’ semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peridi Ib | banyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia). | Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |