Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : berbunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai, berdenting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : 1 melejang atau membingkas balik (bkn rotan dsb yg dibengkokkan dan kemudian dilepaskan); menganjal. 2 melompat atau bergerak dgn cepat dan pantas: Ahli sukan itu ~ ke atas melintasi palang yg tinggi. 3 bergelung spt daun kering (keropok digoreng dll). 4 ki marah; naik angin (apabila dikritik dsb): Dia mudah ~ apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenting
Kata Terbitan : melenting,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bungkas II Ml, MSr1. marah. 2. melenting.Maka kayu bulat sebesar paha itu bungkas melantun ke atas mengikat semahu-mahunya.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
otop Mrnama sejenis perangkap binatang.Pantang nama Paring disebut, dia pasti melenting cepat. Macam perangkap otop yang menggunakan kayu balak penindih. Tersilap langkah, pasti terjerat.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ponggah Tbangkuh.Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bantugan Bjorang yang tersohor kerana kegagahan dan kebijaksanaan.Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas