Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.lit] | مليليت

Definisi : 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.lit] | مليليت

Definisi : membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bokah Bdsejenis tumbuhan menjalar dan melilit. Ia digunakan untuk membuat tali.Batang kayu itu sudah dikelilingi oleh lalang dan anak-anak bokah yang tumbuh meliar. Anak-anak bokah itu ada pula yang sudah menjalar dan melilit ke atas.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labung Ibkain tenun untuk melilit kepala lelaki semasa menghadiri keramaian atau perayaan.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempedu, *kemedu* Ibsejenis tumbuhan melilit yang sesuai dijadikan penyirat.Keesokannya dia tebas rumput liar, akar entuyut dan akar kempedu yang merayap di anak pokok temudok dan mara bara.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas