Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memandang;

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
delundung Tbkain yang digunakan untuk menutup kepala.Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
benda lelekap Ibsejenis tempayan.Dia memandang ke arah Batang Rimbas dan ternampak sebuah tajau benda lelekap terapung-apung di air. Munan lalu menyeberang untuk mengambilnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
merarau Ibmakan tengah hari.Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu.Rahsia SaidinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buri Ibkulit siput.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rangki Ibkulit siput laut yang kecil.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. Dia lalu berjalan melalui jalan tepian.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiong, *kiung* Ibikan haruan; Channa striatus.Keling pun bangun semula. Dia termenung seperti ikan kiong yang termabuk selut, terhenti seperti ikan betutu dalam air keruh. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas