tobon, *taubon* Mr | sejenis gong besar (biasanya dipalu utk memberitahu ada kematian). | Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gabi Ir, Tb | makan malam. | “Aku tak gagah lagi, Ya....,” Beliau Kusai pernah memberitahu isterinya ini, suatu malam selepas gabi. Isterinya ini mencadangkan tanah sebidang di belakang rumah agar dapat diusahakan. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkobong Kd | meriam buluh, hanya digunakan untuk mengkhabarkan adanya kematian. | Meriam buluh atau "tungkobong" digunakan untuk mengkhabarkan dan memberitahu kepada penduduk-penduduk kampung mengenai kematian itu. Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randau Ib | dialog, perbincangan. | Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tibuku Kd, Mr, Tb | simpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari. | Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |