pembulian, *pambulian* Mr | pembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi. | Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya. | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sungkoi, *sungkui* Ib | sejenis kuih daripada campuran ubi kayu dan kelapa yang telah diparut serta gula. Seterusnya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. | Mereka memenuhi ruai Ketua Rumah Kemuja. Setelah tetamu duduk, isteri Kemuja menghidangkan berbagai-bagai jenis tebu, hasil dari kebunnya. Tebu disusuli dengan kopi dan kuih sungkoi. Ia sangat digemari oleh tetamu; semuanya mengatakan mereka telah lama mengingini kuih seperti itu. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti ‘tarian’, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah ‘tarian’ seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sekut MSr | bau badan yang kurang menyenangkan. | Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa. | Anak Watan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |