Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gar Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
galang Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai kenyalang Ibsejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati.Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas