[me.na.mat.kan] | منمتکن
Definisi : 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.mat.kan] | منمتکن
Definisi : 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)