Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): seorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : menunjukkan sesuatu supaya dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima, dipakai dsb: Penjaja itu ~ barang-barang jualannya. Dia ~ rokok kpd rakan-rakannya. Kerajaan ~ biasiswa kpd para penuntut di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar2
Kata Terbitan : menawarkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gawai ranyai Ibsuatu upacara untuk menawarkan sumpah.SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirung Kd, MSbterendak daripada anyaman buluh.Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas