nyimbang Ib | cara memotong atau mencantas secara menyerong. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pumpong, *pumpung* Ib, MSr | mencantas. | Kau jangan merendah-rendahkan aku, Rentap. Nanti kupumpong kepala kau. Tanpa disedari terpancut kata-kata ancaman daripada Kibong. Mukanya merah. Rentap sedikit gugup. Mujurlah dia masih berupaya menenangkan hatinya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embawang Ib | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya). | Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manding Ib | sejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randang Ib | julukan yang memberi makna simbolik bagi seseorang yang memulakan sesuatu, perintis. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabai Ib | sejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |