amavas Mr Tl | upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Apabila sahaja padi mula menguning, seorang spesialis upacara amal, biasanya seorang lelaki tua, dipanggil untuk melakukan satu upacara amal, amavas, di petak padi. Upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manang Ib | pawang Iban. | Masa berhuma, mereka mendapat banyak padi. Mereka juga mengamalkan kerja berdukun, menggunakan perkhidmatan manang dan lemambang dalam upacara perubatan dan pemujaan. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anak umbung Ib | gadis pingitan berketurunan bangsawan yang mendapat penjagaan khusus sehingga dia berkahwin. | Selepas itu dia pergi melawat ke Sebetan bersama-sama anak perempuannya, Entadu dan Badong yang juga bergelar Kumang Bungsu, perempuan yang terakhir menjadi anak umbung di kawasan Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selanji Ib | sebakul. | Hm... m.... m, syukurlah kalau mendapat selanji hasil,” keluh Kemuja sambil mengubah tali bakul dengan tangannya. Kemudian dia menuai semula. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kayau Ib, Kh | membunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorang | Peperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampik Ir, Tb | daging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan. | Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan “tampik” daging kerbau mandak itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gimbaran MSb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
piontokan Kd | 1. pertunangan sebelum dewasa. | Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empelai Ib | sejenis kayu pulai yang lembut dan bergetah. | Pagi itu dia pun pergi. Sepanjang hari itu dia gagal mendapat seekor binatang pun. Baring pun berpatah balik. Dalam perjalanan balik, dia ternampak asap seperti ada orang membakar kayu empelai. "Apa benda ini, adakah itu manusia atau hantu?" kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muas, *muaih* Ib, Ml | ratapan semasa upacara kematian. | Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |