Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.diang] | مندياڠ

Definisi : yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : memanaskan atau memasak se­suatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : yg telah meninggal (utk orang bukan Islam): ~ Presiden Kennedy. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: Emaknya sedang ~ ikan yg ditangkap tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendiang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bukakaron Kdburung garuda (dalam cerita dongeng).Baginya, Baljit adalah jelmaan roh bukakaron. Dia tidak layak sama sekali mengambil tempat mendiang bapa saudaranya.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maran, *maren* Kb, Kh, Kngolongan aristokrat.Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baya Ibbarang-barang untuk si mati yang ditanam atau diletakkan di atas kuburnya.Orang tua itu pun menangis sekuat-kuatnya. Semua barang termasuk pakaian perempuan itu hendak diberikannya kepada mendiang anaknya itu sebagai ‘baya’nya.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bahar Kd, Tbtuak.“Siapa lagi kalau bukan angkara Si Solisir itu!” bentak Yambut, keberangan. “Adakah patut, Si Baljit yang kaki judi, kaki perempuan dan kaki bahar itu, dianggapnya jelmaan roh mendiang suaminya! Tak masuk akal langsung!”Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
odu mangatob Kdpenjaga di alam roh.Benarkah sebelum ke puncak gunung itu, roh orang mati akan singgah dahulu di rumah Odu Mangatob, anak kinoringan, yang terletak di kaki gunung? Benarkah Baljit Singh itu adalah jelmaan daripada roh mendiang suami Solisir?Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas