Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui

Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
saging Mrsejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak.“Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau.7 Malam Mabuk di Pesta TinauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas