bebangun Ib | suatu upacara keagamaan untuk mengangkat (naik taraf) manusia biasa ke tahap manang. | Setelah lama berbincang barulah Sengalang Burong meminta adiknya sendiri yang bernama Raja Menjaya menjadi manang atau dukun. Ini Inda melantik Raja Menjaya menjadi manang dalam satu upacara khusus yang dipanggil bebangun. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkapan Bj, Ir | sejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan. | Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labungan Ib | sejenis alat tenunan. | Labungan digunakan untuk mengambil atau mengangkat benang-benang yang terlepas daripada benang-benang lain ketika benang-benang itu diangkat dengan karap. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bantak Ib, MSr | sejenis ikan air tawar yang bergarisan lintang (warna merah kehitaman) di tengah badannya. Boleh dibuat lauk. | Pak Ngah mengangkat pukat. Dipungutnya ikan bantak dan seekor ikan buin yang melekat. | Hati -15 Cerpen dari Bumi Kenyalang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jaloh, *jaluh* Ib | suatu petanda buruk atau baik yang dibawa oleh burung. Contohnya kekerapan bunyi burung itu menandakan keadaan semakin bahaya atau semakin selamat. | Kalau berhuma atau membuat kerja lain, orang yang sudah tua tidak boleh menggunakan burung jaloh ini tetapi orang muda, boleh. Burung jaloh ini akan mengangkat orang itu, memberangsangkannya ke mercu kejayaan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |