Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.yau] | مڠاياو

Definisi : membanjiri (bkn air bah), menggenangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.yau] | مڠاياو

Definisi : membunuh orang utk mengambil kepalanya (adat beberapa suku bangsa yg belum bertamadun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayau
Kata Terbitan : mengayau,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sangod Kdkepala musuh (hasil daripada mengayau).Mengikut ayah lagi, kedua-dua datuknya masih memakai kalung dengan pecahan tengkorak burung tersebut. Apabila datuknya meninggal dunia maka segala pakaian, tangkal dan sangod turut dikubur bersama.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayau Ib, Khmembunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorangPeperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
enchaboh arong, *enchabuh arung* Ibsejenis upacara adat istiadat bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau.Gawai yang dipanggil Enchaboh Arong bukanlah jenis Gawai Burung kerana dalam gawai ini upacara ke tanju diadakan hanya sekali. Gawai ini hanya digunakan untuk menyambut kedatangan tengkorak musuh yang diperolehi semasa mengayau.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas