Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jar] | مڠجر

Definisi : 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jar] | مڠجر

Definisi : 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejar (kata kerja)
Bersinonim dengan ligan, hambat, pintas, buru, kepung, pitas;,
Kata Terbitan : berkejar, mengejar, mengejarkan, terkejar, terkejar-kejar,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti menanti orang dulu,
     mengejar orang kemudian.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kokolid Kdsuatu alat yang digunakan untuk mencari ton gong yang dikehendaki dalam barisan set gong.Jika Kokolid anda bertonik gong maka rentak permainan adalah mengikut gong. Dalam mengejar perubahan masa maka bentuk tonik Kokolid yang sesuai ialah solfa.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngekot MSrperihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin.Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pasun Ibsejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik.Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas