Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganti

Puisi
 

Dari Beaufort pergilah Lumadan,
     Selalu ingin berlari-lari;
Kalau terluput nyawalah di badan,
     Barulah boleh adik mengganti.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nyulap Ibmengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi).Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas