tuchok, *tuchuk* Ib | cicak liar. | Semasa berhuma, kalau ada mendengar bunyi tuchok pada waktu siang, petanda ini sungguh baik. Ia menunjukkan rezeki itu akan meningkat atau bertambah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketebung Ib | sejenis gendang berbentuk panjang yang dibuat daripada rumbang dan kulit. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang pampat Ib | sejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melaban Ib | sejenis pokok yang tumbuh di hutan. | Selepas Puteri itu mandi, tubuhnya bertukar muda kembali. Sebenarnya kulit pokok melaban sentiasa berganti-ganti, dan begitu juga sekiranya seorang manusia di bumi memiliki tangkal batu kulit melaban, dia tidak berubah menjadi tua walaupun usianya telah meningkat. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |