pelias MSb | azimat yang dipakai untuk menjadikan seseorang kebal (terelak daripada bahaya). | Embok Ali telah memasang ilmu pelias kepada orang-orangnya, sebab itu semua tembakan tidak mengenai sasarannya. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolulut Kd | Ilmu hitam yang digunakan untuk menjadikan mangsa sakit atau dalam kes yang teruk untuk membunuh mangsa. Ia selalunya dijelmakan dalam bentuk belalang. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
minyak sakang Kn, MSr | sejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya. | Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |