bokah Bd | sejenis tumbuhan menjalar dan melilit. Ia digunakan untuk membuat tali. | Batang kayu itu sudah dikelilingi oleh lalang dan anak-anak bokah yang tumbuh meliar. Anak-anak bokah itu ada pula yang sudah menjalar dan melilit ke atas. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tolinting Kd | pokok paku menjalar. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melelat-lelat MSr | menjalar. | Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giman Kd | sejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang. | Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunu MSr | bakar. | Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |