Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ja.ki]/[men.je.ja/.ki] | منججقي

Definisi : 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuda Ibkawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan.Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tangga tukur, *tangga tukun* Ibsejenis tangga.Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas