tanju Ib | pelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi. | Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonyu Bd | pelantar di luar rumah untuk menyimpan atau menjemur barang, kain, air dan sebagainya dan didirikan berasingan dengan rumah panjang. | Beberapa ekor anak ayam yang sedang mengais di bawah tonyu bertempiaran lari. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |