Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ropuan Kd, Tbdapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak.Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
daran LBpara di atas unggun api yang dijadikan tempat menyimpan kayu api.Periuk ini terlalu kecil untuk makananku, katanya lalu mencapai kawah dan menyalakan api di bawahnya. Digoncang-goncangnya daran supaya lipas-lipas jatuh dan terapung-apung di dalam kawah itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aping Ibsejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api.Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas