Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyampaikan

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
yoru Mr Tlpemimpin upacara keagamaan (perempuan).Dalam upacara ini, spesialis upacara amal (yoru) itu akan menyampaikan mantera dan diikuti dengan memasukkan tumbuh-tumbuhan upacara amal dalam satu baldi berisi air.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igal-igal Bj Spsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari.Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan.Tarian Hadiah untuk PengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menokondiu Kd Lttarian dalam upacara menurun.Dengan iringan muzik tersebut yang temponya dari jenis "Ginandang Mengigol" akan mengiringi tentagas-tentagas yang hadir di situ mengigol atau mengain, kemudian "menokondiu" pula, sebagai usaha mereka untuk menurun yang kemudian akan bercakap-cakap dengan "Kinoringan" bagi menyampaikan permintaan dan hasrat mereka.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas