Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Tetak buluh panjang sepuluh,
     Nak menjolok sarang tempua;
Janganlah adik suruh-menyuruh,
     Biarlah pandai kita berdua.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Yang disuruh tenggelam,
     yang menyuruh pun tenggelam.

Bermaksud :

Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pagago Kd Pnpegaga; Centella asiatica.Pada suatu hari Buangkut menyuruh ibunya mengambil sejenis tumbuhan istimewa yang dipanggil Pagago.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tibang Ibbekas atau tempat yang diperbuat daripada kulit kayu khas digunakan untuk menyimpan padi. Ia biasanya diletakkan di loteng atau sadau.Selesai makan Unying menyuruh isterinya menyimpan beras itu ke dalam bekas padi tetapi semua bekas padi yang ada penuh diisi oleh padi yang dibawa oleh Unying. Unying terpaksa membuat tibang yang baru untuk menyimpan padi itu. Sebanyak tiga buah tibang dibuat untuk memuatkan semua padi itu. Keesokan harinya isteri Unying menumbuk padi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ringka Ibbekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang.Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelangka Ibsejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi.Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas