Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya ku­ning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tum­buhan (pokok), Shorea spp.; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocar­paceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : nama sj pokok, Shorea albida. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meranti

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(14)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
engkabai Ibsejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi.Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tegaram Ibsejenis pokok engkebang.Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketupong, *ketupung* Ibsejenis burung seperti burung puyuh tetapi lebih kecil, yang membawa alamat; Sasio abnoramisCuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas