Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumurut Kdtempoh pembesaran kanak-kanak yang berusia 1 hingga 15 tahun.Di dalam tempoh yang dipanggil "sumurut" ini, mereka mula belajar mengenal nama-nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. Setelah mencapai usia 15 tahun, mereka selalunya telahpun hampir tamat mengenali semua nama binatang dan tumbuh-tumbuhan.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
otop Mrnama sejenis perangkap binatang.Pantang nama Paring disebut, dia pasti melenting cepat. Macam perangkap otop yang menggunakan kayu balak penindih. Tersilap langkah, pasti terjerat.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
siang Bdnama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu).Walaupun dia mempunyai suku darah Cina, dia tidak mahu mengaku berketurunan Cina. Namanya di dalam kad pengenalan pun Ahtieng anak Ah Lasak. Keluarganya pun tidak mempunyak siang Cina lagi lantaran nenek sebelah bapanya sahaja yang berketurunan Cina sedangkan datuknya sendiri memang Dayak jati.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
si'eng Bdnama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu).Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jukut Sksesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu.Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titik badan, *titik baran* Mrsejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau dan namanya diambil sempena nama sejenis burung.Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik badan (nama sejenis burung) dan titik ason.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sulu baiduri Mr Tdsejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Tarian hadiah untuk pengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sazau Kdnama lain bagi tarian Sumazau.Di samping bentuk tariannya, namanya juga agak berlainan. Di Tambunan Tarian Sumazau dipanggil Tarian Sazau, manakala di Kuala Penyu digelar Sumayau, tapi Sumayau yang dimaksudkan bukanlah tarian warisan suku kaum Dusun yang terdapat di Tuaran.Sumazau dikenali Tarian Paina di MembakutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sagantang Kdnama lain (eufemisme) bagi tapai.Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
paina Kdnama lain bagi tarian Sumazau di Membakut.Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari.Sumazau dikenali Tarian Paina di MembakutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345

Kembali ke atas