tilau-tilau idaan Bj Sm | perbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi). | Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangas MSb | makanan atau minuman yang basi. | Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lingkoko Tb | pantun klasik. | Lingkoko ini sering kali menggunakan bahasa-bahasa orang Sungai yang bercorak klasik di samping penggunaan lambang-lambang yang sukar ditafsirkan oleh anak-anak muda, namun pada masyarakat Orang Sungai yang dewasa bahasa yang bercorak klasik dan penuh lambang itu dengan mudah dapat mereka mengertikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sompoton MSb | sejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama. | Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan. | Alat-alat Muzik Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |