Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si] | ناسي

Definisi : 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; jamur ~ sj cendawan yg boleh dimakan, Hydnum fragile. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; ~ dingin sj tumbuhan (pokok), buah sakur, Xerospermum spp.; ~ rendam sj tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah, Meliosma nitida; ~ sejuk sj tum­buhan (pokok renek), hempedal itik, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), membulu, Tinomiscium petiolare; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : 1 beras yg sudah ditanak atau dimasak: ~ ayam nasi yg dimasak dgn lemak ayam; ~ beriani nasi yg dimasak bersama daging atau ayam berserta rempah; ~ kandar nasi yg dicampurkan sekali dgn lauk-pauknya dlm satu pinggan; ~ lemak nasi yg dimasak dgn santan dan dimakan dgn sambal tumis dll; ~ minyak nasi yg dimasak dgn minyak sapi atau lemak berserta rempah. 2 isi jerawat yg berwarna putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi

Puisi
 

Gadis Minah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah menguat nyanyi,
     Nyanyiku salah bergusal jangan.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ruai Ibruang menunggu, ruang legar, lobi.Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pana Ibnasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan.Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lihing Kdwain drpd nasi dan ragi yg diperam sekurang-kurangnya tujuh hari.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ririk Ibsejenis tumbuhan liar, daunnya besar dan lebar biasanya digunakan untuk membungkus nasi atau membuat atap.Jabau membuka pelepah ririk kering yang menudung buluh-buluh di bawah pokok ensurai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
madi Ibmencari padi.Aku ni baru saja pulang dari madi, mencari nasi. Kalau kau susah sangat bererti samalah kita ni, kata petara Unying. "Pergilah ke rumah Sengalang Burung. Aku pun baru balik dari sana. Kalau kau keletihan serta lapar, makanlah dulu," katanya lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pansuh Ibikan atau daging yang dimasak dalam buluh.Telur dua hiris sedikit pulut pansuh, sedikit nasi dimasak dalam daun ririk, kapur, sehelai dua daun sirih, pinang belah, sepuntung dua rokok daun, tuak dipalitkan pada bahan piring dalam buluh itu, tembakau dan darah ayam dipalitkan pada buluh.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turongou Kdsejenis ikan sungai, kecil, banyak tulang (kap); Cyprinus carpio.“Saya sudah sediakan bekalan kamu hari ini, dua bungkus nasi. Di dalamnya ada ikan turongou.”Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulipis MSbkuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak.kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hinabatan Kdhampas tapai yg diberi makan kepada semangat padi.Upacara ini akan diteruskan sehingga persiapan seperti Hinabatan atau menyediakan nasi tapai untuk diberi makan kepada Bambaazon telah siap.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bauh Bdikan haruan; Channa striatus; girak, popak, parua.Bagai mahu menangis juga dia melihat keadaan dan nasib suaminya, juga nasib dirinya. Pinggan berisi nasi dan daging ikan bauh serta kangkung tumis disua dekat suaminya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas