Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.né/] | نينيق

Definisi : (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.né/] | نينيق

Definisi : /nénék/ 1 orang tua kpd bapa atau ibu (biasanya emak kpd ibu atau bapa): ~ moyang, = datuk ~ leluhur kita yg terdahulu sebelum kita dilahirkan. 2 = nenek-nenek panggilan kpd perempuan yg sudah tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nenek (kata nama)
Bersinonim dengan nenekanda, inyik, eyang, opah;,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ombuinang Tbnama lain nenek kebayan.Wahai Makcik Ombuinang, bolehkah kami naik? kata anak muda itu setelah tiba di rumah Ombuinang.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jagan Ibsejenis bekas yang terbuka dan lebar dianyam daripada buluh atau bemban.Apabila mereka sampai di rumah Lemambang, nenek Inda lalu mengayak titik darah adik Lemambang yang melekat pada daun dengan jagan, ditiup dengan penampi dan ditempa dengan peputan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
auk Ib, MSrya.Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selepak Mlpasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat.Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanting Ky, MSrpangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap.Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabu dita Mrsejenis tempayan besar yg berwarna biru putih.Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkalan Mrtempayan yang digunakan sebagai keranda.“Sebelum ibu nazak dulu, ibu ada berpesan, jika dia mati, dia mau kita kuburkan saja dalam tajau bangkalan. Aku fikir pun, tajau itu ngam juga dengan tubuh ibu. Lagipun itu memang warisan nenek moyangnya,” jelas abang Paring lagi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pureh, *purih* Ib, Ml, MSrketurunan.Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas