jabir Ib | sejenis tempayan seramik. | Oleh itu kami datang membawa adat iaitu adat berjumlah lapan buah tajau jabir untuk membawa awak pulang," kata Gerijih kepada Senabong. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkawir Kd | sejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan. | Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajo Ib, MSr | tajau (sejenis tempayan besar). | Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangkah Ib | suatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau. | Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang – serara’ bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manangod Kd | menyerang. | Oleh kerana ular yang dimakan oleh orang Kinasaraban itu adalah anak orang Tempasuk maka penduduk Tempasuk ini pun bersatu untuk manangod (menyerang) Kinasaraban. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bundu Bs | binjai. | Akhirnya burung itu hinggap di dahan pokok bundu. Apabila dahan tersebut dihinggapi oleh burung itu, ia patah dan menghempap bumbung di mana burung itu selalu hinggap. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
naik jabar MSr | perasaan terlalu marah, naik radang. | Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dumbak MBr | sejenis rebana yang hanya dimainkan oleh wanita. | Kesemua alat-alat muzik ini dimainkan oleh lelaki atau perempuan, kecuali Dumbak - rebana - ianya akan dimainkan oleh wanita saja di samping melagu/ menyanyikan Anding itu sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigi Kd | sigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua. | Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |