beganding Kd Tn | upacara tolak bala. | Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hantu sebayan, *antu sebayan* Ib | roh orang yang sudah meninggal. | Orang-orang itu adalah hantu Sebayan yang hendak menghadiri gawai di Rumah Jarup tetapi sesat kerana Rumah Jarup sudah berubah menjadi batu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wong, *wunf* Ib | jeram. | Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuai burung Ib | orang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi. | Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berenong, *renong* Ib | balada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. | Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tabasan Ky | tempat untuk menanam padi. | Orang-orang kampung tidak pernah tebang pokok-pokok besar walaupun di tengah-tengah tabasan padi. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengabang Ib | para pengunjung semasa majlis gawai. | “Bagaimana dengan orang-orang yang kita undang untuk ngabang? Jika kita belum tahu berapa pengabang yang kita jemput, bagaimana kita membuat persiapan?” soal Pungga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berencong MBr | kain samping. | Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kungkuvak Kd | wisel daripada batang padi. | Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |