sangop MSb | timun kuning. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kodop Kd | sejenis kulat; Cymatoderma elegans. | Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu. | Songgorib | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batad MSb | sejenis tembikai liar, tembikai Acheh. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
songgorib Kd | pemenggal (pengait) kepala. | Harusnya songgorib yang telah memisahkan Oyong dari ruang kehidupanku, fikir Umbit, telah aku bunuh malam tadi. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongurak Kd | proses mengumpul dan membakar kayu-kayu untuk membersihkan huma. | Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
modtudau Kd | adat berjaga malam, selama tujuh mlm, apabila seseorang meninggal (dalam masyarakat Kadazandusun). | Mata Umbit yang cengkung itu menyapu merah tanah yang ada di hujung kakinya. Dan, hari ini adalah hari ketujuh dari hari kematian Oyong itu. Ini bererti, malam ini juga merupakan malam terakhir bagi medtudau di rumah. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |