largu Tb | pakaian penari lelaki tarian runsai (tanpa hiasan). | Penari-penari lelaki pula sering kali menggunakan pakaian-pakaian seperti di bawah: Largu/Sipakan - Baju jenis largu adalah baju tanpa hiasan apa-apa; manakala baju Sipakan pula adalah baju yang dihiasi dengan tekatan benang aneka warna di samping manik-manik dan butang-butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berencong MBr | kain samping. | Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mandapon Ir | hiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan’ tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malboro Ir | sejenis pakaian lelaki atau perempuan yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan’ tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobotolan Ir | pakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | “Darangan Sumagayan’ Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nilimbungan Mr | pakaian berwarna hitam yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Mansayau. | Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan nelangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menanranpoh Kd Lt | pakaian tradisional suku kaum Lotud. | Lebih kurang pada jam dua petang, mereka mula menarikan tarian Sumayau. Penari-penarinya terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang memakai pakaian tradisional yang disebut "Menanrapoh". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirisip, *sinisip* Ir | mahkota yang dipakai oleh penari perempuan atau pengantin perempuan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan’ Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunduk Kd | sejenis tudung yang diperbuat daripada kain mogah yang dpakai oleh penari perempuan. Ia merupakan salah satu pakaian tradisi kaum Dusun. | Ah, cantik juga gadis-gadis asli, ujar Charlene apabila meneliti pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional dengan tudung sunduk. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baju sampit, *badu sampit* Bj Sm | sejenis baju tradisional mengikut potongan badan untuk penari wanita. | Oleh kerana tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau, maka pakaian asli Bajau adalah menjadi pakaian bagi tarian ini, di mana penari-penari wanitanya haruslah memakai baju `sampit', berkain sungkit, bersubang, bergelang kaki dan tangan dan berserimpak. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |