sinsing Kd, Tb | perhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin. | Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sarah Ib, Ml, MSr | peti kayu untuk simpan pakaian. | Sebuah sarah besar yang dibuat ayahnya seperti almari terdiri di hujung katilnya, dan dalam sarah itulah tempat dia menyimpan buku-buku dan majalah-majalah lama, kononnya untuk perhiasan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |