pau kelasih LB | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelindang Ib | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kemiding Ib, Ml | sejenis tumbuhan paku pakis; Stenochlaena palustris, lembiding. | Khabarnya di restoran ternama harga sayur kemiding naik sehingga RM6 sepiring. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selingkawang, *selingkawan* Bj Sm | sejenis tumbuhan paku pakis yang keras. | Dari celah-celah daun selingkawang itu ia dapat melihat seorang daripada manusia-manusia di bawah bukit itu sedang mengutip daun-daun simpur untuk pembungkus nasi mereka. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |