hantu pala, *antu pala* Ib | tengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan. | Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangkah Ib | suatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau. | Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |