lombohon Kd | batang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton. | Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah. | Sompoton erat kembali talian suami isteri | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entigis Ib, MSr | bahagian sungai yang paling hulu. | Ular belalang dan ular sawa itu bercumbu di entigis sungai, pasangan ular itu melakukan hubungan jenis pula. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kotang-kotangan Mr | sepuluh batang buluh berukuran paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja yang terdapat pada alat muzik Bakokong. | Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muhau Kd | gila. | Barangkali apabila orang mendengar namaku Tuan Muhau, pasti ada yang tertawa atau paling tidak tersenyum. Apa tidaknya, muhau bererti gila. Tidak mengapa, asalkan aku tidak gila. | Wawasan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalo MSr | andartu atau bujang terlajak. | Aku sayang padamu kerana akulah yang menganggap diriku lelaki yang paling bertuah kerana setua aku masih dapat menjadi lelaki pertama yang memecahkan mahkota kedaraan isteriku sendiri kerana selayaknya manusia seperti aku patut berbini janda atau perempuan lalo. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokap Bd | kayu bercabang dua yang digunakan untuk membuat lastik. | Dulu semasa kanak-kanak, senduduk seperti ini paling digemarinya. Dahan-dahannya boleh dibuat sokap untuk lastik burung. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dengah Ib | kepala musuh yang diperoleh semasa ngayau. | Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payungun, *payungan* Mr | tajau besar. | Nah... banyak yang mati... tapi ada lagi kelebihan mereka ada satu tajau yang dipanggil itu "Payungun." Kebanyakan payungun jenis yang paling besarlah. Dia ada mereka isi air itu, dan air itu dan boleh kasi hidup orang yang sudah mati. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonggilis Tb | rawai. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |