dengah Ib | kepala musuh yang diperoleh semasa ngayau. | Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payungun, *payungan* Mr | tajau besar. | Nah... banyak yang mati... tapi ada lagi kelebihan mereka ada satu tajau yang dipanggil itu "Payungun." Kebanyakan payungun jenis yang paling besarlah. Dia ada mereka isi air itu, dan air itu dan boleh kasi hidup orang yang sudah mati. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
togad Tb | sejenis ikan air tawar, badannya berbentuk panjang nipis dan banyak tulang. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lombohon Kd | batang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton. | Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah. | Sompoton erat kembali talian suami isteri | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |