nyabur Ib | sejenis parang panjang yang biasanya digunakan untuk ngayau. | Keling mengikatkan parang nyabur chudor yang biasa menumpahkan semburan darah lang di pinggangnya. Dia juga membawa parang nyabur lama yang begitu tajam sehingga boleh memutuskan tulang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peda Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
guuk Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gayang MSb | sejenis parang panjang. | “Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra,” katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup. | Pesta Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kubal arang Ib | sejenis pokok dan buah yang tumbuh memanjat di kawasan hutan bukit, buahnya berwarna kuning kemerahan, masam dan boleh dimakan. | Setelah berpakaian, Keling pun mengikat parang pengayau di pinggangnya. Hulu dan sarung parang itu berhiaskan rambut manusia berikat panjang. Disandangnya sumpitan tapang berhias emas, pemberian Bungsu Mawas yang berayun di akar kubal arang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabong, *jejabung* Ib | rambut musuh yang telah tewas sebagai bukti seseorang itu sudah berdengah. Ia biasanya diletakkan di hulu parang sebagai lambang keperwiraan. | Pada suatu hari dia telah pergi ke sekolah. Ketika dia sampai, murid-murid sedang tekun belajar. Mereka berasa takut melihat Buda membawa parang jejabong dan tangkal yang dililit di sekeliling pinggangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bosi Tb | parang. | Bantilan bingkas dan mencapai bosi yang tergantung di dinding rumah. Bantilan mengikat sarung bosi itu ke pinggangnya. Dia melangkah menuruni tangga. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
barung MSb | parang. | Mereka berkesempatan membunuh Jepun. Ada di antara mereka itu yang cekap bermain barung dan pendekar pula,” terang Kabau lagi. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
barong MSb | parang. | Pergelutan terhenti. Malai tegak kembali. Tapi lelaki yang tersungkur bangkit semula lalu meluru ke arahnya. Sepantas kilat Malai mencabut barong yang tersisip di pinggangnya. Musuh yang datang ditunggu dengan langkah yang bersedia. | Alungei | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelepet LB | Sejenis parang panjang yang digunakan semasa peperangan. Ia juga dijadikan barang hantaran perkahwinan. | Isteri saya sedang sakit nak bersalin, saya mahu memakai pelepet ini untuk memotong perut isteri saya itu,? jawab lelaki itu lagi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |