Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian mulut pd haiwan jenis burung yg terdiri drpd rahang yg mengunjur yg diliputi selaput belulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mulut atau muncung yg keras spt yg terdapat pd burung dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paruh I

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sigi Kdsigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua.Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas