[pe.luh] | ڤلوه
Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh bekerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. pengeluaran (pembuangan) air atau wap oleh tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.luh] | ڤلوه
Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)