Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya; ~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembantu


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ikak Mrpembantu pakar upacara keagamaan.Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
goronai Tbmakhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh.Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gimbaran MSbmakhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh.Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
andilik Mrmembersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam.Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas