pawai Bj, Ir | pengapit pengantin. | Pengantin lelaki berpawaikan lelaki dan begitulah sebaliknya. Semasa bersanding seorang daripada tetamu akan diundang untuk melagukan syair memuji-muji kedua mempelai. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lawangan Bj | sejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja. | Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tangga MSr | istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan). | Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mararasak Mr | acara minum tapai dalam majlis perkahwinan. | Seperti biasa, pihak pengantin lelaki akan beratur berpasangan dengan pihak pengantin perempuan dalam upacara mararasak, mengikut adat orang-orang Murut di situ. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pendulug Ir | menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. | Akhir sekali untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangian Mr | kain yang menutup pelamin pengantin perempuan yang hanya dibuka setelah pihak lelaki membayar sejumlah harga yang ditetapkan. | Habis wang di dompet gadis-gadis itu untuk membayar harga kain yang digunakan menutup pintu sangian. Mereka harus membayar wang sebelum dibenarkan masuk ke biliknya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengulungan, *pagulungan* Mr | makan beradap bagi pengantin. | Malam pertama di rumah keluarga Paring, mereka diraikan makan pengulungan. Ibu bapa Paring dan sanak saudaranya ramai yang datang meraikan kedua mempelai. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bapacar Bj Sm, Tb | suatu upacara berinai bagi pengantin. | Seperti dia menggelabah, sebaik-baik saja dia kembali dari hospital untuk dileteri oleh keluarga angkatnya, pada malam berlangsungnya istiadat bapacar dan babadak. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igal-igal Bj Sp | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari. | Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan. | Tarian Hadiah untuk Pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |