Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengertian


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tabawan Bj, Slsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan muzik kulitangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau “tambul” dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Oleh sebab Tarian Tabawan amat menarik perhatian rakyat Sabah, maka tarian berkenaan merupakan acara yang harus dipersembahkan pada acara-acara majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut ketibaan orang kenamaan dan sebagainya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambur Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambul Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas