juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |