retak badan Ml | takdir, ketentuan, selalunya disebut retak badan. | Dan ternyata Kamalina perlu ditolong. Perlu ditemani. Tetapi nasib dan retak badannya berlainan sedikit. Dia terpisah daripada Kamalina lebih awal daripada Kartini. Dalam keadaan dan saat-saat begitu, terasa rindunya menekan-nekan perasaan. Dia merindui Kamalina. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manas II MSr | marah. | Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rentaka Bj Sm, Tb | sejenis meriam besar. | Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malap betung Bj Sm | upacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin. | Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wasoi Kd, Tb | alat seperti beliung, biasanya digunakan untuk menarah papan. | Peralatan moden juga perlu untuk menggantikan alat-alat tradisional agar proses pembuatan menjadi lebih cepat dan mudah. Contohnya: 1. Pais diganti dengan pisau 2. Susuput diganti dengan Soldering Kit.elektrik. 3. Sopinit/Sopilut diganti dengan gam yang kuat dan mudah kering. 4. Dangol digantik dengan gergaji halus/gergaji besi.5.Wasoi diganti dengan kapak penebuk/pengaut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tolinting Kd | pokok paku menjalar. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kadaat Kd | keteguran atau kena sampuk makhluk atau roh halus. | Dia muntah, Irom menjelaskan. "Dia perlu disembahyangkan. Barangkali dia kena kadaat," jelas Irom. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertenek, *tenek* Sk | upacara bertindik. | Gawai-gawai besar seperti kahwin, bersunat, bertenek dan macam-macam lagi. Tuk Ngoncong perlu ditempah awal-awal. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randau Ib | dialog, perbincangan. | Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giring-giring MSb | sejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak. | Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |