mengalai Tb | upacara perubatan yang dilakukan oleh bomoh yang berlangsung selama 7 malam dengan diiringi oleh alat muzik kulintangan. | Pak Ungkal terus mengalai. Dia sini menglilingi Ansuri sebanyak tujuh kali. Di samping mengalai Pak Ungkal mengipas-ngipas tubuh Ansuri. Dia menghalau penyakit daripada tubuh wanita itu. | Hijrah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begama Ib | sejenis kaedah perubatan tradisional iaitu mencari punca penyakit dengan menyentuh dan meraba-raba badan pesakit. Upacara ini dilakukan oleh dukun atau manang. | Oh, nantilah dulu. Masa masih tak sesuai untuk saya mulakan kerana tangan seseorang Manang tak sesuai begama kalau hari masih siang. Tunggulah selepas makan malam, jawab Manang Entayang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tingkaayoh, *tingkaayo* Mr | perempuan yang mengetuai upacara perubatan. | Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makai salau Ib | makan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam. | Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menulus Tb | berubat cara tradisional untuk merawat penyakit. | Tenat. Malam esok dukun Siak Belatung mahu menulus. Dia akan mencuba perubatan macam itu. Lepas tu dia akan memandikan Mak Sinah selama tiga hari. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manang Ib | pawang Iban. | Masa berhuma, mereka mendapat banyak padi. Mereka juga mengamalkan kerja berdukun, menggunakan perkhidmatan manang dan lemambang dalam upacara perubatan dan pemujaan. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |